PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

Rakan-Rakan Muslim Buka Hati Saya Dalami Islam


13 Mei 2022 – “Rakan-rakan muslim yang sebenarnya membuat saya terdetik dan nekad untuk memeluk Islam,”kata Dougles Anak Ningkan yang baru sahaja membuat pendaftaran pengIslaman.

Alhamdulillah, urusan pendaftaran pengislaman yang dibuat di Unit Pendaftaran Muallaf, MAIS dapat disegerakan dengan mudah.

Dougles Anak Ningkan, berketurunan iban dari Sarawak  menyatakan minat mendalami Islam disebabkan amalan-amalan Islam yang dilakukan oleh rakan-rakan muslim, membuatkan hati beliau terdetik untuk mendalami agama Islam.

Beliau telah memilih nama Muhammad Dougles bin Ningkan sebagai nama islamnya.

Menariknya lagi, ibu Muhammad Dougles juga menyokong hasrat beliau untuk mendalami Islam.

Sama-sama kita mendoakan agar Muhammad Dougles diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dalam mempelajari Islam dan istiqamah dalam Islam hingga ke akhir hayat.

Mudah sebenarnya urusan melafaz syahadah. Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran pengislaman, layari laman web MAIS di www.mais.gov.my.

Berita MAIS

Comments are disabled.