SERENDAH, 19 Mei 2022 – Biarpun Syawal semakin menghampiri ke penghujungnya, namun suasana meriah Aidilfitri masih terasa apabila amalan kunjung mengunjung dan rumah terbuka terus diadakan.
Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS turut tidak ketinggalan menganjurkan majlis rumah terbuka dan ramah mesra bagi meraikan sambutan Aidilfiri kepada keluarga pelatih-pelatih.
Majlis bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 2.00 petang. Dalam majlis raya ini juga turut diadakan sesi perkongsian Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersama keluarga pelatih.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Pengerusi Jawatankuasa Riqab; Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS dan Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.
Turut hadir memeriahkan ialah Ahli Lembaga Pelawat Pusat Pemulihan Baitul Islah, Pengurusan Tertinggi MAIS dan pegawai Jabatan/Agensi Daerah Hulu Selangor.
Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS merupakan sebuah pusat yang menempatkan penagih dadah tegar dan pengidap HIV di bawah seliaan Bahagian Pemulihan Riqab MAIS.