PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS TERIMA LAWATAN DARI JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR


Sabak Bernam–Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, 23 Mei menerima lawatan dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Delegasi diketuai oleh Ustaz Muhamad Firdaus bin Sulaiman, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Sosial, JAINJ. Lawatan adalah bertujuan bagi mendapatkan maklumat berkaitan operasi keseluruhan dan pengurusan rumah pemulihan di bawah MAIS di samping mengeratkan hubungan baik antara JAINJ dan MAIS.

MAIS diketuai oleh Puan Nurhani Salwa binti Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) mengalu-alukan kehadiran delegasi dari JAINJ ini.

JAINJ juga akan membuat lawatan ke Rumah Perlindungan MAIS iaitu di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Pusat Pemulihan Baitul Islah&AADK dan Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman.

Muhamad Firdaus Bin Sulaiman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga JAINJ mengucapkan terima kasih atas sambutan pihak MAIS dan teruja dengan pengurusan Baitul-baitul.

Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan JAINJ dan dapat dimanfaatkan oleh JAINJ bagi pelaksanaan Baitul di tempat mereka.

Turut hadir Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Pengerusi Jawatankuasa Riqab dan Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.

Berita MAIS

Comments are disabled.