BAITUL EHSAN 23 Mei 2022 – Biarpun Syawal semakin menghampiri ke penghujungnya, namun suasana meriah Aidilfitri masih terasa apabila amalan kunjung mengunjung dan rumah terbuka terus diadakan.
Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS turut tidak ketinggalan menganjurkan majlis rumah terbuka dan ramah mesra bagi meraikan sambutan Aidilfiri kepada keluarga pelatih-pelatih.
Majlis bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang. Dalam majlis raya ini juga turut diadakan Sumbangan kepada pelatih- pelatih
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Pengerusi Jawatankuasa Riqab; Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS dan Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.
Turut hadir memeriahkan ialah Pengurusan Tertinggi MAIS dan pegawai Jabatan/Agensi Daerah Hulu Selangor.
Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS merupakan sebuah pusat yang menepatkan wanita yang terlibat dangan gejala sosial dan memerlukan bimbingan bagi proses pemulihan.