PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS Erat Hubungan Dengan Media, Tanda Hargai Jasa dan Kerjasama


SHAH ALAM, 2 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sentiasa menghargai sumbangan dan komitmen pihak media yang banyak membantu mempertingkatkan imej dan perkhidmatan MAIS di mata masyarakat.

Pengerusi MAIS, YAD Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak media dalam menyebarluaskan perkhidmatan MAIS meliputi kejayaan, peristiwa dan aktiviti semasa MAIS sepanjang tahun 2021.

“Jutaan penghargaan terima kasih kepada rakan-rakan media yang telah banyak menyokong MAIS dalam menyebarluaskan informasi dan seterusnya menaikkan imej MAIS di peringkat negeri dan peringkat nasional,”katanya dalam Majlis Hi-Tea Bersama Media Dan Pelancaran Sistem Wasiat dan Hibah Bagi Tahun 2022 di sini semalam.

Beliau juga berharap agar hubungan baik antara MAIS bersama rakan-rakan media dapat dikekalkan dan terus erat di masa akan datang.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 20 rakan media disambut meriah dengan kehadiran pihak RTM, TV Alhijrah, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan,Bernama, Kosmo, Radio IKIM, Karangkraf, TV JAKIM, IKIM, Media Selangor, Malaysia Gazette dan Kelab Blogger Ben Ashaari. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Syahril A. Kadir, influencer.

Program diadakan bertujuan memperkasakan lagi hubungan keakraban antara pihak media dengan MAIS. Di akhir majlis, Pengerusi MAIS turut menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata diiringi oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.

Berita MAIS

Comments are disabled.