PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS LANCAR SISTEM SISWA, INOVASI BARU URUS WASIAT DAN HIBAH ATAS TALIAN SECARA MUDAH DAN PANTAS – Sempena Kempen Bulan Kesedaran Wasiat dan Pusaka Negeri Selangor


SHAH ALAM, 1 Jun 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah membuat pelaksanaan inovasi baru dengan melancarkan Sistem Wasiat dan Hibah (SISWA) bagi memudahkan masyarakat Islam menguruskan wasiat dan hibah secara mudah dan pantas melalui atas talian di https://siswa.mais.gov.my.

Pelancaran SISWA disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dalam Majlis Hi-Tea Bersama Pengamal Media Dan Pelancaran Sistem Wasiat Dan Hibah MAIS Bagi Tahun 2022 di sini hari ini sempena Kempen Bulan Kesedaran Wasiat dan Pusaka Negeri Selangor.

Sebagai badan mengelola Baitulmal, MAIS sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menjadi tempat rujukan utama dalam pengurusan harta orang Islam.

SISWA ialah sebuah sistem yang dibangunkan oleh MAIS merangkumi perkhidmatan pengurusan wasiat dan pengurusan hibah bagi masyarakat Islam membuat permohonan wasiat dan hibah secara mudah dan pantas.

Melalui sistem ini, MAIS telah menaik taraf sistem e-Wasiat sedia ada kepada satu sistem baharu dengan menggabungkan dua elemen penting dalam perancangan pembahagian harta iaitu wasiat dan hibah dalam satu sistem pintar.

Menariknya, melalui SISWA permohonan dan kelulusan akan diuruskan 100% secara dalam talian selain menawarkan penggunaan Electronik Know Your Customer (EKYC) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia sepertimana yang dilaksanakan oleh institusi-institusi kewangan di negara ini.

Selain itu, SISWA juga menggunakan tandatangan digital yang tertakluk di bawah Akta Tandatangan Digital 1997 dan pengesahan transaksi oleh pemohon, dilakukan secara One-Time Password (OTP).

Sehingga kini, MAIS telah menerima dan menguruskan sebanyak 3,196 permohonan wasiat dan hibah. Manakala bagi tahun 2022, MAIS mensasarkan seramai 6,000 orang yang akan mendaftar SISWA bagi pengurusan wasiat dan hibah mereka.

MAIS berharap agar SISWA dapat memberi kemudahan baharu kepada masyarakat Islam dalam usaha membantu dan merancang pembahagian harta dengan lebih bijaksana dan sistematik bagi mengelakkan isu dan pertikaian harta pusaka di kalangan waris-waris di kemudian hari kelak.

Melalui Kempen Bulan Kesedaran Wasiat dan Pusaka Negeri Selangor yang diadakan bermula 1 Jun sehingga 30 Jun 2022. Pelbagai aktiviti telah disusun antaranya Bicara Wasiat dan Pusaka, Seminar Wasiat dan Pusaka, Program Bual bicara di Radio IKIM dan Klasik FM, pengisian di kuliah-kuliah khas dan pembukaan kaunter informasi berkaitan Wasiat dan Pusaka di masjid dan surau terpilih di Negeri Selangor. Info lanjut berkaitan wasiat, hibah dan pusaka boleh didapati di laman web rasmi MAIS di www.mais.gov.my atau menghubungi talian 03-5514 3773/3772.

Sementara itu di majlis ini, MAIS turut meraikan para pengamal media sepanjang tahun 2021 yang telah memberi kerjasama yang cemerlang dalam membuat liputan berita MAIS meliputi kejayaan, peristiwa dan aktiviti semasa MAIS.

Antara penerima penghargaan ini adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Radio Television Malaysia (RTM), Media Selangor, TV Alhijrah, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan, Media Prima, Kosmo, Radio IKIM, Karangkraf, Bernama, Malaysian Gazette, Kelab Blogger Ben Ashaari dan sebagainya.

MAIS berharap komitmen dan hubungan baik di antara MAIS dan rakan-rakan media terus dapat ditingkatkan dan dikekalkan.

Turut hadir ialah Dato’ Dr. Haji Anhar Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Baitulmal MAIS; Prof. Madya Dr. Mohamad Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM dan Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar Setiausaha MAIS.

Berita MAIS

Comments are disabled.