PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

PELAJAR UIAM TIMBA PENGALAMAN DI MAIS


SHAH ALAM, 3 Jun 2022- Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan dari pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini.

Delegasi lawatan seramai 23 orang ini melibatkan pelajar-pelajar Perakaunan, Kuliyyah Ekonomi, UIAM bertujuan mendapatkan maklumat dan menimba pengalaman berkaitan pengurusan Baitulmal MAIS yang sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan berkaitan sistem kutipan dan pengagihan dana Baitulmal MAIS.

Pengarah Sektor, Baitulmal MAIS, Ust. Indera Shahril Mohd Shahid telah memberikan perkongsian berkaitan pengurusan Harta Baitulmal kepada delegasi lawatan.

Lawatan dari UIAM diketuai oleh Prof Dr. Ros Aniza binti Mohd Shariff, Pensyarah UIAM.

Berita MAIS

Comments are disabled.