KAUNTER BAITULMAL MAIS SEMPENA HR MONTH 2023 ANJURAN PERODUA HQ

KAUNTER BAITULMAL MAIS SEMPENA HR MONTH 2023 ANJURAN PERODUA HQ

354629492 642754894436380 66864714945065643

15 Jun 2023 – Bersempena HR Month 2023 anjuran Perodua HQ bersama anak syarikat perodua PMSB, PEMSB, PGMSB & PSSB yang dilaksanakan di Bangunan Korporat Perodua Manufacturing Sdn Bhd. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal telah membuka kaunter baitulmal khusus kepada pengunjung bagi berkongsi maklumat berkaitan pengurusan harta umat Islam termasuk harta pusaka.

Turut dihadiri Ustaz Izhar bin Ismail, Ketua Zon Baitulmal Daerah Gombak dan Hulu Selangor Ustaz Hanzalah bin Zolkefli, Eksekutif Dakwah dan Ustaz Mohd Aizat Vandan, Eksekutif Pemasaran serta pegawai-pegawai dari Baitulmal yang terlibat membantu memberi penerangan dan runding cara kepada pengunjung yang bertanyakan soalan.

Tahniah diucapkan kepada pegawai-pegawai dari Perodua yang telah mendaftarkan wasiat dengan pihak MAIS dan menikmati potongan harga yang ditawarkan sempena Kempen Dhuyuf Al Rahman yang masih berbaki beberapa hari lagi.

Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat yang besar kepada pelanggan yang hadir.

Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Dapatkan tawaran potongan fi pendaftaran wasiat MAIS sebanyak RM 100 sehingga 25 Jun 2023 ini. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian : https://siswa.mais.gov.my

Info lanjut, sila layari : www.mais.gov.my

 

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor