SHAH ALAM, 7 Jun 2022 – Bersempena Kempen Bulan Kesedaran Wasiat & Pusaka, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah membuka kaunter Baitulmal MAIS bagi berkongsi maklumat berkaitan hibah, wasiat, faraid & lain-lain perkhidmatan MAIS.
Kaunter ini dibuka bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari.
Terima kasih juga buat kakitangan dan pengunjung Hospital Shah Alam, Selangor atas sambutan yang diberikan.
Mudah-mudahan dengan aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir di kaunter Baitulmal MAIS.
Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan ini untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian : https://siswa.mais.gov.my