PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM KOMUNITI DISAYANGI – TINGKATKAN JALINAN UKUWAH


Shah Alam – Program Penghayatan Islam Komuniti Disayangi telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertujuan meningkatkan jalinan ukhuwah antara pertubuhan-pertubuhan dalam komuniti serta menjadi medan perantaraan di antara pertubuhan-pertubuhan ini untuk beramah mesra, istiqamah dan mengikut ajaran ahli sunnah wal jamaah.

Program yang diadakan bermula pada 3 hingga 5 Jun 2022 ini juga bertujuan menyantuni ahli komuniti  yang telah lama tidak bersua muka secara fizikal hampir selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Program telah dikendalikan oleh Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS dan dihadiri oleh enam Pertubuhan Komuniti Disayangi melibatkan seramai 30 orang peserta. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah program bersifat penghayatan berkaitan agama Islam, pengukuhan jati diri, membina modal insan dan pengukuhan serta praktikal solat untuk menjadi contoh kepada komuniti yang lain. Pelaksanaan solat berjemaah juga turut dilaksanakan sepanjang program berlangsung.

Pengarah Sektor Pembangunan Sosial, Ustaz Suhaimi bin Ismail, turut memberi kata semangat kepada para peserta yang hadir untuk terus kekal positif dalam menjalani sesi penghijrahan serta menjadi contoh ikutan kepada komuniti yang lain.

YBhg Setiausaha MAIS Dr. Haji Ahmad Shahir Bin Makhtar juga sempat mengadakan sesi ramah mesra bersama bersama semua peserta pada akhir sesi program. Seterusnya majlis perasmian penutup dan penyerahan sijil serta hadiah kepada semua peserta telah disempurnakan oleh beliau selepas majlis ramah mesra tersebut.

Berita MAIS

Comments are disabled.