10 JUN 2022 – Bersempena Kempen Bulan Kesedaran Wasiat & Pusaka, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah membuka kaunter baitulmal bagi berkongsi maklumat berkaitan hibah, wasiat, faraid & lain-lain perkhidmatan MAIS.
Kaunter baitulmal ini dibuka bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.
Bersama kami adalah Lembaga Zakat Selangor yang juga turut membuka kaunter bergerak dalam memberi pendedahan kepada masyarakat setempat bersempena kempen bulan taksiran.
Terima kasih juga buat para jemaah Masjid As-Salam, Bukit Sentosa dan Masjid Nurul Iman, Rawang atas sambutan yang diberikan.
Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat yang besar kepada ummah.
Rancang & urus pembahagian harta andan bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan ini untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian : https://siswa.mais.gov.my