JENJAROM, 11 Jun 2022 – Telah berlangsungnya program kuliah Maghrib bertajuk “Kepentingan Faraid” yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Fazil bin Kamarul Zaman | Ketua Eksekutif Baitulmal (siasatan), bertempat di Masjid Al-Falah, Kampung Jenjarom.
Terima kasih kepada pihak masjid kerana memberi ruang kepada MAIS menyampaikan sedikit maklumat berkenaan tajuk yang diberi.
Semoga dengan pelaksanaan program ini memberikan banyak manfaat kepada ahli kariah di samping kesedaran untuk melunaskan hak2 yang tertanggung ke atas waris dalam menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan serta menjawab tiap persoalan yang diajukan.
Rancang & urus pembahagian anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan ini untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://siswa.mais.gov.my