PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS TERIMA DIVIDEN DARIPADA TERAJU EKONOMI ASNAF SDN BHD


SHAH ALAM, 14 Jun 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima dividen RM192,186.00 daripada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) dalam satu Majlis Ramah Mesra Bersama Rakan Strategik TERAS di Wisma PKPS, Shah Alam.

Sumbangan dividen TERAS ini diserahkan oleh Pengerusi TERAS, Dato’ Ibrahim Md Yusof kepada Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.

TERAS adalah egensi MAIS yang giat mengembangkan ekonomi asnaf.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Selangor.

Dalam majlis tersebut TERAS turut menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun berakhir 2021 dengan jumlah RM50,000.00 kepada Lembaga Zakat Selangor, sumbangan wakaf 2022 berjumlah RM50,000.00 kepada Perbadanan Wakaf Selangor dan sumbangan anak yatim kepada Yayasan Islam Darul Ehsan berjumlah RM50,000.00.

Turut hadir Ustaz Anuar Hamzah Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Encik Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, dan Dato’ Haji Bakhtiar Hussin, Pengerusi YIDE.

Berita MAIS

Comments are disabled.