SHAH ALAM, 13 Jun 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan dari Jabatan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini.
Delegasi seramai 10 orang diketuai oleh Datuk Nadzim bin Johan, Pengerusi PPIM bertujuan mengeratkan silaturahim dan berkongsi perkembangan terkini berkaitan PPIM terutamanya pemerkasaan asnaf di bawah kelolaan PPIM.
MAIS diketuai oleh YBhg.Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS mengalu-alukan kehadiran delegasi dari PPIM ini. Turut hadir Encik Muhd Salahuddin Azmi, Ketua Jabatan Amil Lembaga Zakat Selangor.
Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik daripada MAIS dan PPIM.