PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU LANGAT – Kenalpasti Isu Hal Ehwal Agama Islam di Peringkat Daerah


HULU LANGAT, 16 Jun 2022 – Program Turun Padang Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof diteruskan ke sekitar daerah Hulu Langat bagi mengenalpasti isu berkaitan Hal Ehwal Agama Islam di daerah hari ini.

Program dimulakan di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, disambut mesra oleh Ustaz Mohd Nazri Sobirin, Pegawai Hal Ehwal Islam  Pemangku Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat. Beliau mengucapkan terima kasih dan mengalu-ngalukan kehadiran Pengerusi MAIS ke daerah ini.

Antara lain dalam lawatan ialah perkongsian taklimat daripada Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dan Lembaga Zakat Selangor Daerah Hulu Langat.

Sementara itu, Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, beliau menekankan kepentingan pengurusan hal ehwal agama Islam di daerah terutama perkara yang melibatkan dakwah dan pendidikan, imej dan nama baik Institusi Islam, kesegeraan dalam setiap tindakan dan hebahan maklumat hal ehwal agama Islam di daerah ini.

“Semoga hubungan baik antara MAIS dan JAIS di peringkat daerah, terus terjalin dengan baik demi maslahah ummah,”katanya.

Di akhir program, Pengerusi MAIS turut melawat ke unit-unit PAID Hulu Langat, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dan lawatan ke Ladang Nenas (Saudagar Nanas Agrofarm) yang diusahakan di tanah wakaf Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), agensi di bawah MAIS.

Hadir sama ialah Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Tuan Salehan Yatim, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS); Ustaz Anuar Hamzah Toha, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Md Yusmizan Yusuf, Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS.

Berita MAIS

Comments are disabled.