PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

LAWATAN PELATIH KURSUS LANJUTAN HIV/AIDS KAUNSELING DARI INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM), SUNGAI BULOH


SERENDAH, 19 Jun 2022 – Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS berbesar hati menerima lawatan daripada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Sungai Buloh yang diketuai Encik Mohd Malik bin Karyono Penyelaras Program Institut Latihan KKM.

Lawatan disambut penuh mesra oleh Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah dan Ustaz Rose Efendi Marjumat, Eksekutif Pusat Pemulihan Baitul Islah. Turut hadir Ustaz Suhaimi bin Ismail Pengarah Sektor Pembangunan Sosial.

Selain bertukar-tukar maklumat, kunjungan lawatan bertujuan mencapai keperluan kursus lanjutan dalam bidang kaunseling kesihatan, memberikan sesi kaunseling kesihatan secara individu dan memberi penghargaan kepada pelatih agar mereka tidak merasa terpinggir.

Delegasi lawatan juga turut diberikan taklimat ringkas berkaitan Baitul Islah yang disampaikan oleh Penguasa Baitul Islah dan di akhir lawatan delegasi dibawa melawat tapak ke seluruh pusat terutama di blok pentadbiran, klinik dan asrama pelatih.

Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS merupakan sebuah pusat yang menempatkan penagih dadah tegar dan juga penghidap HIV di bawah seliaan Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS.

Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara MAIS dan ILKMM dalam membantu pemulihan kepada penghuni-penghuni di pusat tersebut.

Berita MAIS

Comments are disabled.