HULU YAM , 20 Jun 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu hari ini.
Delegasi seramai 13 orang diketuai oleh Tuan Haji Wan Mohd Zakri Wan Mohd, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu.
Lawatan adalah bertujuan untuk melihat struktur bangunan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan bagi pelaksanaan Baitul di tempat mereka.
Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) mengalu-alukan kehadiran delegasi dari JKSNT.
JKSNT turut mengadakan lawatan sekitar Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman dan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.
Pihak JKSNT mengucapkan terima kasih kepada pihak MAIS atas layanan dan kerjasama yang diberikan.
Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara MAIS dan JKSNT di samping dapat dimanfaatkan bagi pelaksanaan Baitul di tempat mereka.
Turut hadir ialah Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Haji Shah Ruddin Haji Abd Hamid, Pengarah Ekonomi MAIS.