PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

PENGERUSI MAIS SAMBUT BAIK PERKHIDMATAN AVISENA RENAL CARE


SHAH ALAM, 23 Jun 2022 –  Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) merangkap Pengerusi Avisena Group, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof menyambut baik perkhidmatan Avisena Renal Care yang menawarkan perkhidmatan penjagaan buah pinggang oleh Pusat Dialisis Avisena.

Beliau turut hadir semasa perasmian Avisena Renal Care yang disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman di sini semalam.

Hadir sama ialah Pengarah Eksekutif Avisena Renal Care, Dr. Rashidi Saidin.

Dalam majlis sama, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenaan menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 setiap seorang kepada dua orang pesakit buah pinggang.

Pusat Dialisis Avisena menyediakan kemudahan yang selesa dan berteknologi tinggi kepada pesakit-pesakit buah pinggang di Selangor.

Pusat rawatan ini adalah pusat dialisis yang pertama yang diluluskan sebagai penyedia perkhidmatan rawatan ‘dialisis peritoneal’ (PD) oleh Cawangan Kawalan Akta Perubatan Swasta Putrajaya.

Pusat rawatan ini turut menyasarkan untuk berkembang kepada 10 pusat dialisis menjelang akhir 2026 dengan kapasiti keseluruhan sebanyak 170 kerusi dialisis yang mampu merawat sehingga 1,000 pesakit.

Baginda sebelum merasmikan pusat rawatan tersebut, turut berkenan meluangkan masa melawat Pusat Dialisis Avisena, di sini untuk melihat kemudahan perubatan yang disediakan.

Berita MAIS

Comments are disabled.