24 Jun 2022 – Bersempena Kempen Bulan Kesedaran Wasiat & Pusaka Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Baitulmal telah membuka kaunter bagi berkongsi maklumat berkaitan pengurusan harta pusaka, hibah, wasiat, faraid dan lain-lain perkhidmatan MAIS.
Kaunter baitulmal ini dibuka bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang.
Lembaga Zakat Selangor juga turut mengambil peluang membuka kaunter bergerak untuk memberi pendedahan kewajipan berzakat kepada masyarakat setempat.
Terima kasih buat para jemaah Masjid Bandar Tun Hussein Onn atas sambutan yang diberikan.
Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat yang besar kepada ummah.
Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama Baitulmal MAIS. Sila layari pautan ini untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara dalam talian : https://siswa.mais.gov.my