24 Jun 2022 – Alhamdulillah, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah dijemput hadir bagi meraikan Majlis Jasamu Dikenang Raikan Penubuhan 25 Tahun Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Penganjuran majlis bagi meraikan ulang tahun penubuhan KUIS yang ke-25 dan meraikan jasa serta pengorbanan insan-insan yang selama ini menyokong dan bersama-sama sepanjang KUIS ditubuhkan.
Sepanjang majlis berlangsung, para tetamu disajikan dengan tayangan video yang memaparkan coretan peristiwa dan sejarah penting sepanjang perjalanan pembangunan KUIS, sejak penubuhan pada tahun 1995 sehingga kini.
Dalam pada itu, Pengerusi MAIS mengucapkan terima kasih kepada KUIS atas jemputan dan penghargaan yang diberikan.
“Semoga KUIS terus unggul dalam mencapai visi dan misi untuk menjadi salah sebuah universiti wakaf yang gemilang dalam melahirkan lebih ramai ilmuan dan pemikir yang hebat,”katanya.
Tetamu yang hadir adalah Ahli Lembaga Pengarah KUIS, Mantan Ahli Lembaga Pengarah KUIS, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Mantan Pengerusi dan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor dan Barisan Pengurusan KUIS. Antaranya ialah YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Mohd Isa, YAD Dato’ Setia Mohd Khusrin Haji Munawi, Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Dato’ Salehuddin Saidin dan Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar.