PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH SABAK BERNAM


SABAK BERNAM, 28 Jun 2022 – Program Turun Padang Pengerusi Majlis Agama Islam MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof diteruskan ke sekitar daerah Sabak bernam  bagi mengenalpasti isu berkaitan Hal Ehwal Islam di daerah ini.

Program dimulakan di Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam yang disambut mesra oleh Pegawai Tadbir Agama (PTA) Daerah Sabak Bernam, Ustaz Mohamed Mekkah bin Baharan @ Husin.

Antara pengisian  dalam lawatan ini ialah perkongsian taklimat daripada PTA Sabak Bernam berkaitan pengurusan pentadbiran hal ehwal Islam di daerah Sabak Bernam. Beliau juga terharu dengan kehadiran Pengerusi MAIS ke Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam yang dianggapnya amat bertuah.

Sementara itu, Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, beliau mengharapkan agar hubungan baik antara semua Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor  dapat dikekalkan.

“Saya mengharapkan agar pegawai-pegawai di daerah sentiasa menjaga nama baik dan meningkatkan imej MAIS dan semua organisasi sentiasa bekerjasama dalam semua perkara terutama yang melibatkan hal ehwal Islam,” katanya.

Pengerusi MAIS turut melawat ke Balai Cerap Selangor, Institut Latihan & Dakwah Selagor (ILDAS) dan Bengkel Jahit TERAS di Tanjung Karang.

Turut hadir SS Dato’ Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Mufti Selangor,  YBhg. Dato’ Haji Baharin bin Haji Mat Akhir, Orang Kaya Maha Bijaya Sabak Bernam dan YBhg. Tuan Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim, Pengurus Besar TERAS.

Berita MAIS

Comments are disabled.