AGIHAN FIDYAH MAIS RM42,100.00 DIAGIH KEPADA 421 PENERIMA YANG LAYAK DI DAERAH KUALA SELANGOR, PETALING JAYA DAN HULU LANGAT

AGIHAN FIDYAH MAIS RM42,100.00 DIAGIH KEPADA 421 PENERIMA YANG LAYAK DI DAERAH KUALA SELANGOR, PETALING JAYA DAN HULU LANGAT

291130513 5547935521907698 858016489665327780 n 1024x768 1

30 Jun 2022 – Alhamdulillah, MAIS hari ini telah mengagihkan sumbangan fidyah kepada 421 keluarga yang layak di daerah Kuala Selangor, Petaling Jaya dan Hulu Langat dengan nilai sumbangan berjumlah RM42,100.00.

Daripada 421 keluarga itu, adalah penerima bagi daerah Kuala Selangor 205 keluarga, daerah Petaling Jaya 111 keluarga dan daerah daerah Petaling Jaya 105 keluarga.

Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM) antaranya Muslim Care Global (MCG), Persatuan Halaqah Al-Quran Selangor, SMK Dato’ Harun Kuala Selangor.

Setiap penerima bantuan menerima set makanan kering berupa beras, minyak masak, gula, tepung dan susu dengan nilai sumbangan berjumlah RM100. Semoga bantuan yang diagihkan dapat meringankan kos perbelanjaan seharian terutama kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor