29 Jun 2022 – Telah berlangsung program kuliah Maghrib bertajuk “Wasiat dan Pusaka” yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hidayat Bin Mohd Suhaimi, Ketua Unit Baitulmal Daerah Klang & Kuala Langat, bertempat di Masjid Jamek As-Solihin.
Terima kasih kepada pihak masjid kerana memberi ruang kepada MAIS menyampaikan sedikit maklumat berkenaan tajuk yang diberi.
Semoga dengan pelaksanaan program ini memberikan banyak manfaat kepada ahli kariah di samping memberi kesedaran untuk melunaskan hak-hak yang tertanggung ke atas waris dalam menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan serta menjawab setiap persoalan yang diajukan.
Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan ini untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://siswa.mais.gov.my