PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE KG. ORANG ASLI ULU KUANG, GOMBAK DAN PELANCARAN PENGHAYATAN BULAN MUALLAF TAHUN 2022

PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE KG. ORANG ASLI ULU KUANG, GOMBAK DAN PELANCARAN PENGHAYATAN BULAN MUALLAF TAHUN 2022

292250334 5558762007491716 4970147194440149621 n

 

GOMBAK , 3 Julai 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan Program Program Turun Padang Ke Kampung Orang Asli Ulu Kuang, Gombak bagi berkongsi pelbagai isu berkaitan hal ehwal Islam termasuk pendaftaran pengislaman, pendaftaran pernikahan dan dokumen pengenalan diri kepada masyarakat orang asli di sini yang dihadiri hampir 200 orang penduduk di sini pada 3 Julai.

Program Turun Padang ini adalah program pertama yang diadakan sempena Penghayatan Bulan Muallaf  Tahun 2022 yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Ahli MAIS. Melalui Kempen Penghayatan Bulan Muallaf  Tahun 2022 ini pelbagai program dan aktiviti disusun bermula 3 Julai hingga 31 Julai 2022.

Dalam ucapannya, Dato’ Dr. Hj. Mohd Farid Ravi menyarankan agar program sebegini kerap diadakan agar dapat meningkatkan lagi hubungan baik di antara agensi dengan masyarakat orang asli.  Melalui program seperti ini, secara tidak langsung dapat menyebarkan dakwah kepada mereka.  Selain itu, beliau juga menyarankan kepada peserta yang hadir agar mengambil  peluang untuk untuk berurusan secara langsung dengan agensi-agensi yang turut hadir hari ini.

“Kepada penduduk yang datang, ambillah peluang dan kesemapatan berurusan terus dengan agensi yang ada di sini. Peluang seperti ini tidak selalu ada,” ujar beliau.

Ustazah Rohani binti Abdullah, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Ulu Kuang, Gombak turut melahirkan rasa gembira kerana usaha ini dapat membantu masyarakat orang asli menyelesaikan beberapa perkara dan mengucapkan terima kasiih atas kesudian pihak MAIS dan pihak berkenaan hadir ke kampung mereka.

“Kami berharap aktiviti seperti ni dapat diteruskan demi memudahkan urusan mereka dan dilaksana di kg org asli lain juga,” ujar beliau.

Antara agensi yang terlibat kali ini termasuk Jabatan Pendaftaran Negeri Selangor, Bahagian Undang-undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Bahagian Dakwah JAIS, Lembaga Zakat Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah Gombak dan Penggerak Masyarakat Orang Asli.

Turut sama hadir Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS, Ustaz M. Yusmizan Yusuf, Ketua Jabatan Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS,  Ustazah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS, Encik Khalil Anwar, JPN Selangor dan  Ustazah Nik Suhaila Nik Hussin, BUUK JAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor