PROGRAM LE TOUR D’MASJID SEMPENA BULAN MUALLAF MAIS 2022

PROGRAM LE TOUR D’MASJID SEMPENA BULAN MUALLAF MAIS 2022

291686332 5563464103688173 3056401457259350223 n

 

SHAH ALAM, 5 Julai 2022 – Program Le Tour D’Masjid sempena Program Penghayatan Bulan Muallaf Tahun 2022 telah diadakan selepas solat maghrib di Masjid Al-Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam.

Alhamdulillah, seramai 80 orang jemaah masjid yang hadir bagi mengikuti program anjuran Sektor Sosial MAIS.

Program ini adalah taklimat berkaitan pengurusan pengislaman di Negeri Selangor dan peranan institusi Masjid serta orang awam dalam menyantuni muallaf terutama mereka yang tinggal di kawasan kariah.

Taklimat disampaikan oleh Ustaz Che Mohd Noor Lee bin Abdullah Lee, Eksekutif Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS. Dalam taklimat beliau, dijelaskan tentang sejarah penubuhan Unit Ukhuwah di JAIS pada tahun 1970 sehingga tahun 2022 ini dan telah ditukar nama beberapa kali.

Penceramah juga menyampaikan taklimat berkaitan tatacara pengislaman seperti majlis syahadah dan permohonan kad Islam MAIS.

Salah seorang ahli kariah masjid, Mohd Yazid Ismail berkata, beliau memuji usaha MAIS dalam menyampaikan maklumat tentang pengurusan pengIslaman yang dilaksanakan di MAIS. Beliau juga berharap agar program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Selain program taklimat, turut diadakan kaunter Klinik Guaman Syarie MAIS kepada ahli kariah masjid yang ingin mendapatkan nasihat perundangan keluarga.

Semoga para jemaah mendapat manfaat dan pencerahan berhubung proses pendaftaran pengislaman di Negeri Selangor.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor