PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH PETALING


SHAH ALAM, 5 Julai 2022 – Program Turun Padang Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof diteruskan hari ini ke sekitar daerah Petaling sebagai suatu usaha MAIS mendekati dan melihat sendiri perkembangan Hal Ehwal Islam di daerah ini.

Program dimulakan di Pejabat Agama Islam Daerah Petaling yang disambut mesra oleh Pegawai Tadbir Agama (PTA) Daerah Petaling, Ustaz Mohd Zaini Ramli dan barisan pimpinan Pejabat Agama Petaling.

Antara pengisian dalam lawatan ini ialah perkongsian taklimat daripada PTA Petaling berkaitan pengurusan pentadbiran hal ehwal Islam di daerah Petaling termasuk perkembangan dan cabaran di sini.

Sementara itu, Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada Pejabat Agama Islam Petaling yang berjaya menguruskan hal ehwal Islam di daerah ini dengan baik walaupun daerah ini besar dan mempunyai jumlah pelanggan yang tinggi. Namun, beliau menasihatkan agar keutamaan kepada kecekapan dalam perkhidmatan pelanggan perlu diutamakan.

“Pastikan pengurusan pelanggan sentiasa diutamakan agar mereka sentiasa rasa dihargai dan urusan mereka dapat diselesaikan dengan efisyen. Ambil peluang perkembangan teknologi dengan meningkatkan perkhidmatan melalui atas talian,” ujar beliau.

Pengerusi MAIS dan peserta program seterusnya melawat ke Kaunter Utama Khidmat Pelanggan, Petaling.

Dalam pada itu, Pengerusi MAIS turut melawat ke Masjid Putra Height, Subang Jaya. Melalui lawatan ini, Pengerusi MAIS mengucapkan tahniah atas usaha semua pihak yang berjaya membangunkan dan menguruskan masjid yang sungguh luas dan indah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.

“Peliharalah masjid ini agar sentiasa menarik dan dijaga dengan baik agar menjadi tarikan orang ramai untuk sentiasa mengimarahkan masjid ini,”katanya.

Turut hadir  Y.A.D. Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, anggota MAIS merangkap Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling, Orang Besar Daerah Petaling; Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Tuan Zainor Rashid Hassin, Ketua Pendakwa Syarie dan Pengurusan Tertinggi MAIS.

Berita MAIS

Comments are disabled.