PROGRAM IBADAH KORBAN, ERATKAN UKHWAH MAIS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT

PROGRAM IBADAH KORBAN, ERATKAN UKHWAH MAIS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT

293217382 5579658992068684 1210430315516637306 n

 

 

SHAH ALAM, 11 Julai 2022 – Program Ibadah korban bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah, malah menyuburkan semangat kerja berpasukan dan gotong royong dalam kalangan umat Islam.

 

Sempena Hari Raya Eidul Adha 1443H, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak ketinggalan dalam melaksanakan amalan bagi program tersebut.

Program Ibadah Korban MAIS yang berlangsung hari ni membabitkan Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Agensi dan Anak Syarikat MAIS.

Sebanyak 15 ekor lembu dikorbankan dan dagingnya diagihkan kepada golongan asnaf yang berhampiran dan warga kerja di Bangunan Sultan Idris Shah(BSIS).

Program ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kerja di BSIS.

Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor yang terlibat dalam program ini ialah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS).

Tidak ketinggalan turut serta agensi dan anak syarikat MAIS iaitu Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).

YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS turut hadir memeriahkan majlis hari ini.

Hadir sama, Dato Dr Haji Anhar Haji Opir, SS Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor; YB Tuan Zawawi Ahmad Mughni, Anggota MAIS; Prof Madya Dr Yasmin Hanani Mohd Safian, Anggota MAIS; Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Dato Haji Shahzihan Ahmad, Pengarah JAIS; Tuan Zainor Rashid Hassin, Ketua Pendakwa Syarie JPSS dan Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor