PROGRAM PENGHAYATAN IBADAH KORBAN DI PUSAT PEMULIHAN BAITUL ISLAH MAIS AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)

PROGRAM PENGHAYATAN IBADAH KORBAN DI PUSAT PEMULIHAN BAITUL ISLAH MAIS AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)

293486675 5579805752054008 5421813902572526754 n

SERENDAH, 12 Julai 2022 – Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS, AADK telah mengadakan Program Penghayatan Korban kepada pelatih-pelatih di pusat tersebut sempena Eidul Adha yang disambut pada 10 Julai 2022.

Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Nazir bin Mohamad, Pengarah AADK Negeri Selangor merangkap Pengerusi Lembaga Pelawat Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS AADK. Program ini juga dihadiri seramai 87 orang yang terdiri daripada pelatih dan warga kerja Pusat Pemulihan Baitul Islah.

Program ini dengan tujuan memberi pendedahan kepada setiap pelatih berkaitan teori dan praktikal pengurusan daging korban, mendorong setiap pelatih agar menghayati ibadah korban dan meraikan setiap pelatih dalam menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Hadir sama ialahTuan Mohd Hafizzy bin Abdullah wakil IPD Hulu Selangor, Fadzirul Akmal bin Mohd Sharif Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS, Puan Mazlina binti Osman Penguasa Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman MAIS dan Agensi AADK, PDRM dan PERKIM.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor