MAIS TERIMA KUNJUNGAN MAINPP – Kongsi Maklumat Pengurusan Perjawatan di MAIS

MAIS TERIMA KUNJUNGAN MAINPP – Kongsi Maklumat Pengurusan Perjawatan di MAIS

293340077 5583230588378191 58657909192 min

SHAH ALAM, 13 Julai 2022 – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, 13 Julai menerima kunjungan dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bertujuan bertukar-tukar maklumat berkaitan pengurusan perjawatan di MAIS di samping menjalinkan hubungan silaturrahim antara MAIS dan MAINPP.

Delegasi lawatan seramai sembilan orang ini diketuai oleh Tuan Haji Fakhruddin Abd Rahman, Ketua Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf (Pemangku Pengurus Baitulmal) MAINPP disambut baik oleh Encik Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS.

Selain itu, melalui kunjungan ini diharap dapat memberi manfaat kepada kedua belah pihak terutama dalam pengurusan perjawatan di agensi agama negeri masing-masing.

Antara yang hadir mewakili MAIS ialah Puan Nor Shafinas Buang, Ketua Bahagian Sumber Manusia MAIS dan Puan Hasnor Eida Hassim, Penolong Pengurus Sumber Manusia MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor