MAIS TERIMA LAWATAN DARI YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA’ZIM – Kongsi Maklumat Pengurusan Baitul Ehsan

MAIS TERIMA LAWATAN DARI YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA’ZIM – Kongsi Maklumat Pengurusan Baitul Ehsan

293485054 5582464955121421 7365404000308876588 n

SABAK BERNAM, 13 Julai 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, 13 Julai menerima lawatan dari Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan operasi dan pengurusan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS di samping mengeratkan hubungan baik antara Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim dan MAIS.

Delegasi YPKDT diketuai oleh En. Zulkafli Kadir, Ketua Bahagian Pembangunan Keluarga,  YPKDT bersama 9 ahli delegasi disambut mesra oleh Puan Nurhani Salwa binti Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, yang turut mengalu-alukan kehadiran delegasi.

“YPKDT juga dalam usaha menubuhkan Rumah Pesona Johor (Rumah Perlindungan Sementara Wanita) yang dijangkakan akan dilaksanakan bermula tahun 2023. Melalui pertemun ini , sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan untuk penubuhan Rumah Pesona Johor,” ujar Zulkafli Kadir.

Delegasi diberikan taklimat terperinci berkaitan Baitul Ehsan meliputi pengurusan dan operasi yang disampaikan oleh Puan Nazatushima Osman, Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. Seterusnya delegasi berpeluang bersoal jawab untuk memahami sepenuhnya berkaitan operasi Baitul Ehsan. Seterusnya delegasi dibawa melawat sekitar bangunan Baitul Ehsan.

Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS merupakan sebuah pusat yang menempatkan wanita yang terlibat dangan gejala sosial dan memerlukan bimbingan bagi proses pemulihan.

Turut hadir Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS,  En. Shah Ruddin Abd Hamid, Pengarah Ekonomi MAIS dan Puan Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor