PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE KG. ORANG ASLI PULAU INDAH KLANG SEMPENA PENGHAYATAN BULAN MUALLAF TAHUN 2022

PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE KG. ORANG ASLI PULAU INDAH KLANG SEMPENA PENGHAYATAN BULAN MUALLAF TAHUN 2022

294059401 5595465597154690 593622507804746

KLANG – 16 Julai 2022, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sekali lagi mengadakan Program Turun Padang Ke Kampung Orang Asli Pulau Indah, Klang bagi berkongsi pelbagai isu berkaitan hal ehwal Islam termasuk pendaftaran pengislaman, pendaftaran pernikahan dan dokumen pengenalan diri kepada masyarakat orang asli yang dihadiri hampir 100 orang penduduk di sini.

Program Turun Padang ini  diadakan adalah sempena dengan program Penghayatan Bulan Muallaf  Tahun 2022 yang bermula 1 Julai 2022.

Antara agensi yang terlibat kali ini termasuk Jabatan Pendaftaran Negeri Selangor, Bahagian Undang-undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Bahagian Dakwah JAIS, Lembaga Zakat Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah Klang dan Penggerak Masyarakat Orang Asli.

Turut sama hadir pada program kali ini Ustazah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS, Encik Khalil Anwar, JPN Selangor dan  Ustazah Nik Suhaila Nik Hussin, BUUK JAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor