MAIS ANJUR KURSUS INDUKSI GURU PEMBIMBING RIQAB 2022

MAIS ANJUR KURSUS INDUKSI GURU PEMBIMBING RIQAB 2022

295063461 5617174598317123 5278189615683410658 n

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menganjurkan Kursus Induksi Guru Pembimbing Riqab MAIS tahun 2022 pada 22 – 24 Julai 2022.

Kursus yang diadakan bertujuan untuk menyampaikan taklimat tentang Garis Panduan Guru Pembimbing Riqab MAIS kepada guru yang baru dilantik.

Selain itu, kursus ini turut memberi pendedahan kepada Guru Pembimbing Riqab yang baharu dilantik mengenai kesihatan pesakit HIV, dadah dan kesannya terhadap masyarakat serta ilmu asas kaunseling sebagai persediaan mendekati asnaf riqab semasa sesi bimbingan.

Program selama 3 hari 2 malam ini dikendalikan oleh Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS dan dihadiri seramai 32 orang guru pembimbing riqab MAIS lantikan tahun 2022.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Puan Nurhani Salwa binti Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada guru-guru pembimbing riqab yang telah dilantik untuk menjalankan tanggungjawab membimbing serta membantu memulihkan semangat asnaf riqab di Negeri Selangor.

Antara penceramah yang terlibat dalam kursus ini ialah Ketua Bahagian Pemulihan Riqab, Ustaz Muhammad Zulhusni bin Abdul Rashid; Penolong Pengarah Kanan AADK Ibu Pejabat, Tuan Mohd Farid bin Haji Mohamad Japeri; Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Ustaz Mat Jais bin Kamos ; Panel Pakar Tasawwuf JAKIM, Ahli Majlis Jilsah al-Turuq al-Sufiyah Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Dr Jahid bin Sidek dan Pengerusi Pengasih Selangor, Encik Jaafar bin Daud.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor