KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT MALAYSIA (IKIM) KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT MALAYSIA (IKIM) KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

295383363 5620241914677058 8559

SHAH ALAM, 26 Julai 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan hormat dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan mengadakan pelbagai program kolaborasi.

Beliau mengucapkan terima kasih atas ruang masa dan penerimaan kunjungan dari pihak IKIM ini bagi membincangkan pelbagai program kerjasama dan meningkatkan silaturahim.

Delegasi IKIM disambut baik oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dan sangat mengalu-alukan kehadiran delagasi dari IKIM. Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada IKIM atas kerjasama menyokong MAIS dalam menyebarluaskan dakwah dan perkhidmatan  berkaitan hal ehwal Islam.

Hadir sama dalam kunjungan ini YBrs. Dr. Mohd Farid Bin Mohd Shahran, Pengarah Pusat Kajian Syariah Undang-Undang dan Politik (Syarak), Tuan Haji Mahathir Bin Saharuddin, Pengurus Besar Radio IKIM,  Tn. Al-Iskandar Bin Mokhtar, Pengurus Bahagian Ekonomi dan Pemasaran (BEP) IKIM dan Puan Hajjah Nik Hasnah Binti Ismail, Perhubungan Korporat IKIM.

Turut hadir Puan Nurhani Salwa Binti Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS dan Ustaz Indera Shahril Bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor