MAIS KUNJUNGI BANK RAKYAT: Wujudkan Peluang Kerjasama Dan Potensi Pelaburan Bersama

MAIS KUNJUNGI BANK RAKYAT: Wujudkan Peluang Kerjasama Dan Potensi Pelaburan Bersama

295965484 56247544842 min

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad di sini bertujuan membincangkan peluang kerjasama dan pelaburan yang baik.

Delegasi dari MAIS seramai 7 orang diketuai oleh Setiausaha MAIS, Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar, disambut baik oleh Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad iaitu Datuk Haji Abd Rani Lebai Jaafar.

Tujuan kunjungan ini diadakan bagi membincangkan peluang pelaburan MAIS dalam meningkatkan pulangan pelaburan yang baik dan terjamin di samping menyumbang kepada pembangunan ekonomi ummah secara tidak langsung melalui skim pembiayaan patuh Syariah – Ar-Rahnu.

Turut hadir Puan Hajah Rohani binti Dato’ Mohd Shahir, Anggota Jawatankuasa Teknikla Pelaburan MAIS, Dato’ Wan Kamaruzaman bin Wan Ahmad, Anggota Jawatankuasa Teknikal Pelaburan MAIS, Puan Norzaihan binti Md Zain, Pengarah Kewangan MAIS dan Encik Muhammad Syafiq bin Ahmad Fozi, Penolong Pengurus Komunikasi Korporat, MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor