PROGRAM BUAL BICARA SANTAI MUALLAF – MASJID AS-SALAM PUCHONG PERDANA

PROGRAM BUAL BICARA SANTAI MUALLAF – MASJID AS-SALAM PUCHONG PERDANA

296667585 5636207409747175 1712292756933856186

29 Julai 2022 – Program Bual Bicara Santai Muallaf telah diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana yang merupakan Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) MAIS bersempena dengan majlis sambutan Maal Hijrah dan Anugerah Kecemerlangan Surau-Surau Masjid As-Salam.

Program bual bicara tersebut menampilkan ahli panel iaitu Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial dan moderator oleh Ustaz Mohd Bakhtiar Suratman, Eksekutif Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS. Topik utama yang dibicarakan ialah mengenai Kelestarian Pengurusan Muallaf di Negeri Selangor serta peranan dan tanggungjawab masyarakat.

Sementara itu, Ustaz Mohammad Nor Salami Hj Masri, Pengurus Masjid As-Salam dalam ucapannya berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak MAIS kerana memilih masjid As-Salam untuk program bual bicara sempena majlis sambutan Maal Hijrah 1444H.

Beliau juga menyeru kepada pengerusi-pengerusi surau yang turut hadir untuk sama-sama mengambil cakna terhadap isu serta permasalahan muallaf di kawasan masing-masing. Tambah beliau, adalah menjadi tanggungjawab kita masyarakat Islam untuk menyantuni mereka dengan melihatkan keindahan Islam melalui sikap kita. Dengan demikian akan dapat menyekat segelintir dari mereka yang berputus asa dan ingin berpatah balik ke kehidupan asal mereka.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ustaz Mohamad Khair bin Zainal, Penolong Pengarah Kanan Unit Kariah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS yang juga sebagai perasmi majlis tersebut.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor