PROGRAM LE TOUR D’MASJID – MASJID BANDAR SERI PUTRA, BANGI

PROGRAM LE TOUR D’MASJID – MASJID BANDAR SERI PUTRA, BANGI

296407577 56356173698

29 Julai 2022 – Program Le Tour D’Masjid sempena Program Penghayatan Bulan Muallaf Tahun 2022 diteruskan di Masjid Bandar Seri Putra, Hulu Langat.

Taklimat berkenaan pengurusan pengislaman di Negeri Selangor dan peranan institusi Masjid dan orang awam itu telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zaipullah bin Mohamad Kassim, Eksekutif Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS.

Dalam taklimat ini dijelaskan peranan MAIS dalam mengurus pendaftaran pengislaman di Negeri Selangor, penerangan syahadah dan senarai semak pengislaman, kepentingan menjaga akidah mereka dan cakna tentang permasalahan muallaf yang tinggal di kawasan kediaman mereka.

Juga ditekankan tentang peranan institusi seperti masjid dalam menyantuni muallaf dan membantu mereka sehingga mereka boleh mengamalkan ajaran Islam dengan baik.

Program bermula pada 12.50 tengahari sehingga  sebelum Solat Jumaat ini dihadiri oleh para jemaah yang hadir untuk menunaikan Solat Jumaat di masjid ini. Khutbah dan Imam Solat Jumaat oleh Nazir Masjid, YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah merangkap Anggota MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor