PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

BAITULMAL MAIS DAN ILDAS ANJURKAN KURSUS PERANCANGAN PEWARISAN HARTA ISLAM


SABAK BERNAM, 1 Ogos 2022 – Pada 29 dan 30 Julai yang lalu MAIS melalui Sektor Baitulmal telah berkolaborasi dengan Insitut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) mengadakan Kursus Perancangan Pewarisan Harta Islam bertempat di ILDAS, Sabak Bernam.

Kursus telah dikendalikan oleh Baitulmal MAIS yang diwakili oleh Pengarah Baitulmal, Ust Indera Shahril bin Mohd Shahid. Turut dan Ust Hanzalah bin Zolkefli, Eksekutif Dakwah, Bahagian Dakwah dan Pemasaran.

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAIS, pegawai-pegawai masjid pengurusan dan beberapa orang wakil daripada pelbagai jabatan kerajaan lain telah mengikuti kursus tersebut.

Semoga dengan pelaksanaan kursus tersebut dapat memberi pendedahan kepada peserta-peserta yang hadir dalam merancang dan menguruskan harta selari dengan hukum syarak.

Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama Baitulmal MAIS. Sila layari pautan ini untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://siswa.mais.gov.my

Berita MAIS

Comments are disabled.