PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

PENGERUSI MAIS SARAN TERUS SEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTIK – MAIS Edar 3,012 Jalur Gemilang


SHAH ALAM, 23 Ogos 2022 – YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyarankan agar seluruh masyarakat terus menyemarakkan semangat patriotik terutamanya dalam bulan kemerdekaan ini.

Katanya, semua masyarakat perlu menghayati erti kemerdekaan sebaiknya dan menzahirkan rasa syukur menikmati kemakmuran negara yang dikecapi hari ini.

“Kemerdekaan adalah satu kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita sepanjang 65 tahun. Kegemilangan dan semangat ini hendaklah disemarakkan agar semangat cintakan negara dan mengingati kejayaan pejuang kemerdekaan sentiasa disemarakkan. Semangat cintakan agama, bangsa dan negara hendaklah sentiasa terpahat di dada kita semua.

“Hayati semangat kemerdekaan dengan mempergiatkan pelbagai aktiviti dan program kemerdekaan dan bersama mengibarkan Jalur Gemilang. Pastikan semangat kemerdekaan tidak luntur dan sentiasa digilap,” ujar beliau lagi.

Sehubungan itu, bagi memupuk semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan ini, Pengerusi MAIS telah menyempurnakan program edaran sebanyak 3,012 bendera Jalur Gemilang kepada Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor (JHEIS), agensi dan anak syarikat MAIS.

Daripada 3,012 bendera Jalur Gemilang itu, sebanyak 3,000 bendera pelekat kenderaan dan 12 bendera Jalur Gemilang diedarkan kepada warga kerja JHEIS yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS).

Jalur Gemilang turut diberikan kepada warga kerja MAIS, agensi dan anak syarikat MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) dan Bakti Suci Holdings Sdn Bhd.

Turut hadir Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; YAD Dato’ Dr. Haji Anhar Haji Opir, Mufti Selangor; Tuan Zainor Rashid Hassin, Ketua Pendakwa Syarie, JPSS; Tuan Salehan Yatim, Ketua Pendaftar, JAKESS; Encik Mohd Faizal Abdul Raji, Timbalan Pengarah (Pengurusan), JAIS; Encik Sabirin Mohd Sarbini, Ketua Pegawai Eksekutif, LZS; Encik Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar, YIDE; Encik Hasnul Redza Abdul Rahim, Pengurus Besar, TERAS; Encik Mohd Nuri Abdul Aziz, Pengurus Besar, BSHSB; Encik Zulhizzam Hamzah, Pendaftar KUIS dan Encik Nasoha Jaiman, Eksekutif Pentadbiran, PWS.

Majlis yang diadakan setiap tahun ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotik di kalangan masyarakat terutama kepada warga kerja MAIS, JHEIS, agensi dan anak syarikat MAIS dalam memahami erti kemerdekaan negara.

Edaran Jalur Gemilang ini juga dibuat supaya warga kerja MAIS, JHEIS, agensi dan anak syarikat MAIS dapat bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan dalam mengenang perjuangan pemimpin terdahulu sehingga mencapai kemerdekaan.

Berita MAIS

Comments are disabled.