HASRAT IBU MENGHIBAHKAN HARTANYA KEPADA WARIS-WARIS

HASRAT IBU MENGHIBAHKAN HARTANYA KEPADA WARIS-WARIS

301700726 5714324028602179 757172053972943549 n min

28 Ogos 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Harta Baitulmal telah mengadakan perjumpaan dengan penghibah  bersama anak-anaknya.

MAIS diwakili oleh Ustaz Hanzalah Zolkefli, Eksekutif Dakwah, Bahagian Dakwah & Pemasaran Baitulmal MAIS.

Dalam perjumpaan tersebut penghibah (ibu) telah menyatakan hasratnya untuk memberikan harta kepada 6 orang anaknya secara sama rata.

Sebelum proses dokumentasi hibah dibuat adalah menjadi keperluan kepada pemohon & waris-waris memahami terlebih dahulu kaedah pelaksanaan hibah.

Waris-waris juga berterima kasih kepada pihak MAIS kerana sudi bertemu dengan ibu mereka di rumahnya memandangkan kondisi kesihatan ibunya agak terbatas untuk hadir ke pejabat MAIS.

Rancang & urus harta anda bersama MAIS melalui SISWA MAIS. Promosi potongan harga 50% bagi permohonan wasiat masih terbuka sehingga 18 September 2022 kepada semua pelanggan.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor