AGIHAN FIDYAH MAIS DITERUSKAN

AGIHAN FIDYAH MAIS DITERUSKAN

301392429 5717967151571200 1487097988541409536 n

Alhamdulillah, pada hari ini 30 Ogos 2022, MAIS telah mengagihkan sumbangan fidyah kepada 116 orang penerima yang layak di daerah Sabak Bernam dan 444 orang menerima yang layak di daerah Kuala Selangor dan 117 orang menerima yang layak di daerah Petaling dengan nilai sumbangan berjumlah RM67,700.

Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM) antaranya ialah Sekolah Kebangsaan Sg. Sireh, Tanjong Karang, SRA Kampung Banting, SRA Tebuk Mufrad, Kelab Kebajikan Sosial Cakna Puncak Alam, Persatuan Kebajikan Wanita Islam Perihatin Cawangan Shah Alam/Klang, Persatuan Belia Masjid dan Hidayah Centre Foundation Cawangan Selangor.

Setiap penerima bantuan menerima set makanan kering berupa beras, minyak masak, gula, tepung dan susu dengan nilai sumbangan berjumlah RM100.

Semoga bantuan yang diagihkan dapat meringankan kos perbelanjaan seharian terutama kepada mereka yang terkesan dalam tempoh PKP.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah, bolehlah melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor