PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

AGIHAN FIDYAH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) KE PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH PETALING PERDANA


SUBANG JAYA, 13 SEPTEMBER 2022 – Alhamdulillah, hari ini satu taklimat Agihan Fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diadakan bersama Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Petaling Perdana di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield Subang Jaya.

Tujuan taklimat adalah bagi memberikan penerangan kepada sekolah berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan Agihan Fdiyah yang ditawarkan oleh MAIS seperti bantuan Makanan Asas, Dapur Fidyah dan bantuan tunai fidyah berdasarkan kriteria yang layak untuk dipohon. Sasaran bantuan adalah kepada kakitangan sekolah dan ketua keluarga pelajar-pelajar yang fakir miskin serta miskin sementara akibat hilang pekerjaan, pengurangan gaji, cuti tanpa gaji dan lain-lain yang menepati syarat kelayakan

Semoga melalui usaha ini, lebih ramai umat Islam yang memerlukan sumbangan fidyah dapat disalurkan dengan segera dan menepati keperluan.

Kepada masyarakat yang ingin menunaikan fidyah boleh selesaikan di MAIS melalui link di sini: http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

Berita MAIS

Comments are disabled.