MAIS TERIMA SIJIL AUDIT BERSIH BUAT TAHUN KE-15 BERTURUT-TURUT

MAIS TERIMA SIJIL AUDIT BERSIH BUAT TAHUN KE-15 BERTURUT-TURUT

305966197 5756425441058704 8614117838873158942 n

SHAH ALAM, 13 September 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sekali lagi menerima Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan MAIS Tahun 2021. Pencapaian ini merupakan pencapaian tahun ke-15 berturut-turut sejak tahun 2006.

Sijil Audit Bersih ini telah diserahkan sendiri oleh YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara kepada YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selepas selesai Mesyuarat Exit Conference sebentar tadi.

Penerimaan sijil audit bersih ini membuktikan MAIS telah menyediakan Penyata Kewangan secara benar dan saksama mengikut prosedur dan piawaian perakaunan yang telah ditetapkan.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor