TAKLIMAT AGIHAN FIDYAH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) DIADAKAN BERSAMA GURU BESAR SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DAERAH PETALING PERDANA

TAKLIMAT AGIHAN FIDYAH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) DIADAKAN BERSAMA GURU BESAR SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DAERAH PETALING PERDANA

306480382 5758895657478349 8191195111417

SHAH ALAM, 14 September 2022 – Alhamdulillah, hari ini satu taklimat Agihan Fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diadakan bersama Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Petaling Perdana di Dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong yang melibatkan 90 buah sekolah.

Tujuan taklimat adalah bagi memberikan penerangan kepada sekolah berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan Agihan Fdiyah yang ditawarkan oleh MAIS seperti bantuan Makanan Asas, Dapur Fidyah dan bantuan tunai fidyah berdasarkan kriteria yang layak untuk dipohon.

Sasaran bantuan adalah kepada kakitangan sekolah dan ketua keluarga pelajar-pelajar yang fakir miskin serta miskin sementara akibat hilang pekerjaan, pengurangan gaji, cuti tanpa gaji dan lain-lain yang menepati syarat kelayakan

Semoga melalui usaha ini, lebih ramai umat Islam yang memerlukan sumbangan fidyah dapat disalurkan dengan segera dan menepati keperluan.

Kepada masyarakat yang ingin menunaikan fidyah boleh selesaikan di MAIS melalui link di sini: http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor