BENGKEL PELAN STRATEGIK PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN (PIBK) MENANGANI ANCAMAN ISU SEMASA UMMAH (SIRI 3)

BENGKEL PELAN STRATEGIK PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN (PIBK) MENANGANI ANCAMAN ISU SEMASA UMMAH (SIRI 3)

3MZY9JP

PETALING JAYA, 14 September 2022 – Bengkel Pelan Strategik Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) Menangani Ancaman Isu telah diadakan pada 13 & 14 September 2022.

Bengkel dua hari ini dihadiri seramai 40 orang peserta di kalangan wakil-wakil Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan yang bernaung dibawah MAIS.

Bengkel diadakan bertujuan membangunkan prosedur standard operasi untuk tindakan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) dibawah MAIS yang lebih kolektif, komprehensif dan berkesan bagi menangani ancaman isu semasa ummah dan membentuk pasukan-pasukan bertindak yang bertanggungjawab memastikan setiap ancaman isu semasa ummah diambil tindakan yang wajar, patut dan perlu.

Perkongsian isu semasa ummah turut dibentangkan oleh wakil dari beberapa agensi seperti Jabatan Mufti Negeri Selangor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (IPK) dan Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS.

Bengkel dirasmikan oleh YBhg Encik Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS manakala perasmian penutup disempurnakan oleh YBhg Puan Sabariah binti Salleh, Setiausaha Jawatankuasa Dakwah Negeri Selangor, MAIS merangkap Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS

Di akhir bengkel, pasukan-pasukan bertindak PIBK yang mempunyai fungsi dan tanggungjawab secara khusus dalam menangani sesuatu isu semasa ummah telah dibentuk beserta SOP tindakan.

Turut hadir, Ustazah Hafizatul Akmal Abd Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor