DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR BERKENAN MELANTIK TAN SRI MAZLAN MANSOR SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN YANG BAHARU

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR BERKENAN MELANTIK TAN SRI MAZLAN MANSOR SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN YANG BAHARU

WhatsApp Image 2022 09 27 at 14.21.41

SHAH ALAM, 27 September 2022 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan melantik Yang Berbahagia Tan Sri Mazlan Mansor, Anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) pada 6 September 2022 berkuat kuasa mulai 16 Julai 2022 hingga 31 Disember 2023.

Pelantikan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah ini juga selaras dengan Artikel 20, Articles of Association of Yayasan Islam Darul Ehsan iaitu “The Chairman of the Board shall be the Chairman of Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) or any person nominated by Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.”

Pelantikan Tan Sri Mazlan Mansor sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YIDE berdasarkan asas pertimbangan kapasiti jaringan sosial yang dimiliki dari jawatan sebelum ini sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Turut diadakan majlis penyerahan surat pelantikan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YIDE yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.

Dalam masa yang sama, turut hadir dalam majlis penyerahan ini ialah Yang Berbahagia Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.

YIDE adalah merupakan anak syarikat di bawah seliaan MAIS yang bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal anak yatim di Negeri Selangor, pengurusan sumbangan musibah dan menyediakan perkhidmatan hemodialisis, Pusat Dialisis MAIS.

 
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor