SEMINAR KERTAS TEMA SEMPENA MESYUARAT PEGAWAI-PEGAWAI KANAN SOM MABIMS

SEMINAR KERTAS TEMA SEMPENA MESYUARAT PEGAWAI-PEGAWAI KANAN SOM MABIMS

308523003 476186167759921 864

27 September 2022 – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berbesar hati menerima jemputan untuk menghadiri Program Seminar Kertas Tema Sempena Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan SOM MABIMS anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

MAIS diwakili oleh Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS.

MABIMS atau nama penuhnya Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura adalah suatu wadah pertemuan bagi kempat-empat negara Asean ini dengan tujuan untuk menyelaras pengurusan hal ehwal Islam dan memperkasa umatnya diperingkat serantau.

Dalam seminar kali ini, setiap wakil negara telah membentangkan buah fikiran, pandangan dan rancangan-rancangan yang sedang dibangunkan pada masa kini, khususnya dalam memartabatkan Islam sebagai agama yang sejahtera.

Program dirasmikan oleh Senator Datuk Idris Ahmad, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Semoga negara-negara MABIMS akan terus bekerjasama dan bersatu padu dalam usaha memartabatkan agama Islam.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor