SERDANG, 1 Oktober 2022 – DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenan menerima sumbangan berjumlah RM30 ribu dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk disalurkan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 1 Oktober 2022.
DYMM Sultan Selangor selaku Tuanku Canselor UPM berkenan menerima sumbangan MAIS yang disampaikan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dalam Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming XI Tahun 2022 anjuran UPM di sini.
Sumbangan tersebut merupakan dana melalui peruntukan wang Baitulmal MAIS untuk Tabung Sumbangan Alumni UPM.
Turut hadir Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Pengarah Alumni UPM (ARCUPM).