LAWATAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS) DAN JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN (JPeNS) KE PUSAT PEMURNIAN AKIDAH BAITUL IMAN, MAIS

LAWATAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS) DAN JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN (JPeNS) KE PUSAT PEMURNIAN AKIDAH BAITUL IMAN, MAIS

JPS5359

HULU YAM, 3 Oktober 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS).

Delegasi diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) adalah bertujuan berkongsi pengalaman berkaitan Penubuhan Pusat Pemulihan Akidah Sebagai Salah Satu Hukuman Alternatif di Negeri Sembilan, di samping melihat sendiri operasi pemulihan, rawatan dan perlindungan yang dijalankan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman.

Beliau teruja dan mengucapkan terima kasih atas perkongsian berkaitan proses penubuhan dan pengurusan Baitul Iman.

MAIS diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Pengerusi Jawatankuasa Riqab, MAIS mengalu-alukan kehadiran delegasi ini.

Delegasi seramai 14 orang itu turut melawat Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman yang terletak di Hulu Yam Hulu Selangor.

Turut hadir, Tuan Zainor Rashid Hassin, Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor, Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, Puan Norlaili Mohamad, Pemangku Penasihat Undang-Undang MAIS dan Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor