KURSUS PEMANTAPAN GURU PEMBIMBING RIQAB MAIS SIRI 1/2022

KURSUS PEMANTAPAN GURU PEMBIMBING RIQAB MAIS SIRI 1/2022

309391304 480886583956546 969900132142239676 n

BANTING, 2 Oktober 2022 – Kursus Pemantapan Guru Pembimbing Riqab MAIS Melibatkan Pembimbing-pembimbing Kelas Asnaf Riqab telah diadakan bertempat di Villea Morib, Banting pada 30 September & 1-2 Oktober 2022.

Program dilaksanakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran membimbing dan pendekatan terhadap golongan asnaf riqab. Selain Itu kursus ini juga bertujuan menambahkan  lagi ilmu bagi mendorong asnaf riqab mendalami agama dengan lebih konsisten.

Program selama 3 hari 2 malam ini dikendalikan oleh Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS dan dihadiri seramai 40 orang Guru Pembimbing Riqab di seluruh Negeri Selangor. Perasmian penutup dan sesi penyerahan sijil serta hadiah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.

Dalam ucapannya, beliau turut memberikan kata semangat kepada para peserta yang hadir untuk memantapkan kemahiran dan terus kekal positif dalam mendepani cabaran yang mendatang sebagai pembimbing kepada setiap golongan asnaf riqab.

Antara penceramah yang terlibat dalam kursus ini ialah Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Ustaz Solekhan bin Roup; Konsultan Motivasi, Exact Ventures; dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Ustaz Mat Jais bin Kamos.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor