MAIS SERTAI PERSIDANGAN MEJA BULAT PERINGKAT KEBANGSAAN – Ke Arah Memperkasakan Pengurusan Harta Pusaka Di Malaysia

MAIS SERTAI PERSIDANGAN MEJA BULAT PERINGKAT KEBANGSAAN – Ke Arah Memperkasakan Pengurusan Harta Pusaka Di Malaysia

309907927 481001237278414 5223968718830839927 n

Bangi, 4 Oktober 2022: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah dijemput untuk membentang dan menyertai Persidangan Meja Bulat (RTD) Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia bertempat di Hotel Tenera Bangi di sini hari ini.

RTD kali ini mengangkat tema ”Ke Arah Memperkasakan Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia” bagi tujuan mencari mekanisme terbaik untuk memudahkan pengurusan harta pusaka dalam negara.

MAIS turut berkongsi berkaitan Pengalaman MAIS dalam Pengurusan Harta Pusaka Di Selangor yang telah dibentangkan oleh Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS.

Majlis setengah hari ini, telah dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad. Beliau turut berharap RTD mencapai objektif yang digariskan seterusnya dapatan-dapatan yang diperoleh dapat dijadikan panduan oleh agensi kerajaan dan masyarakat.

YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS serta pengurusan Baitulmal MAIS turut serta dalam RTD ini.

Selain itu,  RTD turut disertai wakil dari Jabatan Ketua Pengarah, Tanah dan Galian (JKPTG), Amanah Raya Berhad (ARB), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Peguam Negara (AGC), Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) serta ahli akademik.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor